|
MAJLIS BICARA AKADEMIK TAHUN 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Aminuddin Baki akan mengadakan Majlis Bicara Akademik pada 24 April 2010 (Sabtu) seperti butiran berikut: • Untuk tingkatan 1 hingga 3: Masa | Aktiviti | Tempat | • pagi 8.30 - 10.00 pagi | Pendaftaran Ibu Bapa Bicara Akademik Bersama Pengetua (Khas Untuk Murid dan Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 3 sahaja) | Dewan Bestari Aminuddin Baki | 10.00 - 10.30 pagi | REHAT Tingkatan 1 hingga 3 | Kantin sekolah | 10.30 pagi - 2.30 ptg | Bicara Akademik Bersama Guru (Untuk Tingkatan 1 hingga 3) | Bilik Darjah (Bersama Guru Tingkatan) Bilik Mesyuarat (Bersama Guru Matapelajaran) | Murid-murid Tingkatan 1 dan 2 akan belajar seperti biasa menggunakan jadual Hari Isnin (Minggu 3) dari pukul 7.20 hingga 10.00 pagi. • Untuk tingkatan 4 dan 5 : Masa | Aktiviti | Tempat | 9.00 – 9.30 pagi | REHAT Tingkatan 4 dan 5 | Kantin sekolah | • pagi 10.30 pagi-12.00 t/hari | Pendaftaran Ibu Bapa Bicara Akademik Bersama Pengetua (Khas Untuk Murid dan Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 5 sahaja) | Dewan Bestari Aminuddin Baki | 10.30 pagi – 2.30 ptg atau 12.00 t/hari – 2.30 ptg | Bicara Akademik Bersama Guru (Untuk Tingkatan 4) atau Bicara Akademik Bersama Guru (Untuk Tingkatan 5) | Bilik Darjah (Bersama Guru Tingkatan) Bilik Mesyuarat (Bersama Guru Matapelajaran) | Murid-murid Tingkatan 4 dan 5 akan belajar seperti biasa menggunakan jadual Hari Isnin(Minggu 3) dari pukul 7.20 hingga 10.30 pagi.
3. Bagi murid-murid Pra-U-Atas yang akan menduduki peperiksaan MUET pada 24 April 2010 (Sabtu) , Majlis Bicara Akademik akan diadakan pada 26 April 2010 (Isnin) seperti butiran berikut : Masa | Aktiviti | Tempat | 12.30 t/hari – 2.30 ptg | Bicara Akademik Bersama Guru | Bilik Darjah (Bersama Guru Tingkatan) Bilik Guru (Bersama Guru Matapelajaran) | 4. Matlamat majlis ini adalah untuk : 4.1 Mendapatkan maklumat terkini mengenai prestasi akademik murid berpandukan pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2009 dan keputusan Penilaian 1 yang telah diadakan pada bulan Februari 2010. 4.2 Membolehkan pihak sekolah dan para ibu bapa/penjaga membuat persediaan menggilap kecemerlangan akademik murid-murid khususnya murid-murid yang akan menduduki PMR / SPM / STPM 2010. 4.3 Memberi ruang dan peluang kepada para guru dan ibu bapa / penjaga berbincang, mengesan kekuatan dan kelemahan serta mencari idea untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. 5. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan mematuhi masa yang telah ditetapkan agar majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 adalah dibenarkan untuk balik bersama ibu bapa / penjaga masing-masing selepas sesi Bicara Akademik bersama Guru. Sekiranya Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan tidak dapat hadir, anak Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan hanya dibenarkan pulang pada jam 2.30 petang. Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan masih boleh berjumpa dengan guru tingkatan kelas anak Y. Bhg Dato' / Datin / Tuan / Puan antara 26 hingga 30 April 2010 melalui temujanji agar tugas pengajaran dan pembelajaran guru-guru tingkatan berkenaan tidak terjejas. 6. Kerjasama Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai demi memastikan SMK Aminuddin Baki sentiasa mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” |