Dasar HEM Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 15 April 2010

DASAR PENGURUSAN HEM  (berkuat kuasa mulai 30.12.2009)           

1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS  

1.1       Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

1.1.1        Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.  

1.1.2        Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang  datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah. 

1.1.3        Tandakan BJKM seperti berikut:
 Ø      Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
 Ø      Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
 Ø      Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab. (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
 Ø      Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat (dikira hadir).
 Ø      Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah (dikira hadir).
 Ø      Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir).
 Ø      Elakkan Budaya Comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas. 

1.1.4        Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari. Pada hari Isnin dan Jumaat, Ketua Tingkatan (KT) akan memaklumkan kehadiran kepada guru tingkatan masing-masing dan guru tingkatan akan memulangkan BJKM  selepas selesai perhimpunan. Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, KT akan memaklumkan kehadiran pada waktu pertama dan kemudian memulangkan BJKM di rak kelas masing-masing.  

1.1.5        BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 2 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.

[ TERPERINCI ]

Last Updated ( Thursday, 15 April 2010 )
 
Next >

Sistem Pengurusan Sekolah

Penggunaan sistem pengurusan sekolah telah dilaksanakan sepenuhnya. Para guru, pelajar dan ibu bapa boleh melayari laman ini untuk melihat maklumat berkenaan pengurusan sekolah.

http://wea0196.moe.edu.my 

LMS - e-learning

Makluman kepada semua warga SAB, pihak kementerian telah melaksanakan portal e-learning (LMS) untuk SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Di harap anda dapat melawati portal LMS untuk mengetahui perkembangan terkini. http://wea0196.spp.moe.edu.my/

Make Your Search

Google
Web sabkl.edu.my/v2
by J@ck0

© Sabkl 2009. Edited by manfaź.Source by Rocketthemes.com

Resolusi Terbaik Laman Ini adalah 1028 X 768. Pastikan Anda Menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas.