|
DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH SMK AMINUDDIN BAKI JALAN KG. PANDAN 55100 KUALA LUMPUR 1.0 Penyertaan Murid 1.1 Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu Sukan dan Permainan, satu Unit Beruniform dan satu Kelab dan Persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun. 1.2 Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan Sukan dan Permainan, Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan yang ditawarkan sekolah sahaja. 2.0 Masa Aktiviti 2.1 Masa aktiviti bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut; 2.1.1 Bagi Sukan dan Permainan ialah setiap hari Selasa dari jam 3.00 ptg. hingga 4.30 ptg. 2.1.2 Bagi Unit Beruniform ialah setiap hari rabu dari jam 3.00 ptg. hingga 4.30 ptg. 2.1.3 Bagi Kelab dan Persatuan ialah setiap hari Selasa dari jam 3.00 ptg. hingga 4.30 ptg. 3.0 Bilangan perjumpaan 3.1 Bilangan perjumpaan setahun bagi murid tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan Pra -U Atas; 3.1.1 Sukan dan Permainan – 12 kali perjumpaan. 3.1.2 Unit Beruniform - 18 kali perjumpaan 3.1.3 Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan 3.2 Bilangan maksima perjumpaan setahun bagi murid tingkatan Pra-U Rendah ialah; 3.2.1 Sukan dan Permainan – 6 kali perjumpaan. 3.2.2 Unit Beruniform - 10 kali perjumpaan 3.2.3 Kelab dan Persatuan - 6 kali perjumpaan [ MUAT TURUN VERSI PENUH ]
|