Dasar Kurikulum Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 11 February 2010

SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

(Kuatkuasa 28 Disember 2009)

 

BAHAGIAN I - DASAR PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN

 

1.0         Ketua Panitia Matapelajaran

1.1              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan  Pelajaran Tahunan matapelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada hari  pertama sesi persekolahan baru.

 1.2              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan menyerahkan minit mesyuarat panitia kepada Pengetua melalui Pk Tadbiran & Kurikulum.

 1.3              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.

 1.4              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengumpul jadual waktu persendirian guru-guru panitia masing-masing selewat-lewatnya empat  minggu selepas sesi persekolahan baru bermula. Satu salinan jadual waktu persendirian guru-guru panitia mesti diserahkan kepada Guru Kanan Matapelajaran masing-masing.

 1.5              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada mesyuarat panita kali pertama.  Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-soalan penilaian dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan matapelajaran masing-masing selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat panitia kali pertama diadakan. 

 1.6              Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.  Cadangan aktiviti persatuan akademik mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali pertama.  Pengetua boleh mengarahkan guru-guru panitia dari semasa ke semasa untuk membantu dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.

 1.7              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan  Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran pada mesyuarat panitia kali pertama dan menggunakan 5P dalam pelaksanaan  Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran.  Keberkesanan dan penambahbaikan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah dan Mesyuarat Panitia Matapelajaran.

 1.8              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Sasaran Kerja Bertulis Tahunan (iaitu, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah  dan  jenis latihan) bersama guru-guru panitia pada mesyuarat panitia kali pertama. 

 1.9              Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini stok bahan bantu mengajar selewat-lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti diedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada mesyuarat panitia kali pertama.

1.10          Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan. Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPWPKL dan KPM, guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian kursus dalaman panitia. 

 

1.11          Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru panitia matapelajaran.

 1.12          Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab menyediakan post-mortem matapelajaran untuk setiap peperiksaan dan membentangkan pada mesyuarat post-mortem.

 1.13          Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab melantik guru panitia yang bersesuaian untuk menjadi Setiausaha Mesyuarat Post Mortem Keputusan Peperiksaan apabila tiba giliran panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat minit mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip mesti diserahkan kepada PK Tadbiran & Kurikulum dalam tempoh satu minggu selepas hari mesyuarat.

 1.14          Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam mesyuarat panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah.  Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum sebelum sesi persekolahan baru bermula.    

 1.15          Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini semua fail panitia masing-masing selewat-lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya didapati fail-fail panitia tidak dikemaskinikan dengan sempurna.

          [MUAT TURUN DASAR.PDF ]

Last Updated ( Thursday, 04 March 2010 )
 
< Prev

Sistem Pengurusan Sekolah

Penggunaan sistem pengurusan sekolah telah dilaksanakan sepenuhnya. Para guru, pelajar dan ibu bapa boleh melayari laman ini untuk melihat maklumat berkenaan pengurusan sekolah.

http://wea0196.moe.edu.my 

LMS - e-learning

Makluman kepada semua warga SAB, pihak kementerian telah melaksanakan portal e-learning (LMS) untuk SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Di harap anda dapat melawati portal LMS untuk mengetahui perkembangan terkini. http://wea0196.spp.moe.edu.my/

Make Your Search

Google
Web sabkl.edu.my/v2
by J@ck0

© Sabkl 2009. Edited by manfaź.Source by Rocketthemes.com

Resolusi Terbaik Laman Ini adalah 1028 X 768. Pastikan Anda Menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas.