|
Written by Administrator
|
|
Monday, 08 February 2010 |
|
Kepada Semua Warga Pendidik dan Kakitangan Sekolah, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (SABKL) Sekolah Kluster Kecemerlangan Tuan/Puan, Assalamualaikum wbkt dan Salam Satu Malaysia Sesi persekolahan tahun 2009 telah berlalu. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bekerjasama, berganding bahu dan berusaha keras untuk mencipta kecemerlangan SABKL. Sejajar dengan pengiktirafan sekolah sebagai sekolah kluster kecemerlangan, kita perlu terus berusaha untuk memastikan misi dan visi sekolah dapat dicapai. Matlamat seluruh warga sekolah adalah untuk mencapai kegemilangan dalam semua aspek pengurusan. Kejayaan mesti diteruskan. Prinsip Kaizen iaitu penambahbaikan yang berterusan mesti menjadi amalan seluruh warga sekolah. Sebagai penjawat awam pula kita kena akur semua pekeliling penjawat awam dalam menjalankan tugas. Sebagai pengetua, saya telah menetapkan hala tuju yang kita akan capai pada tahun 2010. Dalam pengurusan kurikulum SABKL mesti mempertahankan kelulusan 100% dalam PMR dan SPM. Kita mesti berusaha untuk lulus 100% dalam STPM. SABKL juga mesti mengekalkan 100% lulus dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, kita mesti meningkatkan peratus bilangan murid mendapat semua A dalam PMR, SPM dan STPM serta menambahbaik gred purata sekolah. Dalam pengurusan HEM kita mesti memperkasa program 6'S untuk melahirkan murid yang berbudi bahasa. Manakala dalam bidang kokurikulum pula guru-guru mesti berusaha untuk menjadi juara bukan hanya di peringkat zon dan negeri, malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai sekolah Bestari pula seluruh warga mesti memastikan program sekolah Bestari dipatuhi. Manakala sebagai sekolah Kluster, pembangunan bidang kebitaraan perlu dicapai sehingga ke peringkat antarabangsa. Akhir kata saya sentiasa mengharapkan tahun 2010 menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang buat SABKL. SELAMAT MAJU JAYA KITA BOLEH ! SAB BOLEH ! (LATIFAH BT. HJ. MAHFOD, K.M.W) Pengetua SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur
|
|
Last Updated ( Monday, 08 February 2010 )
|