Sekolah Berprestasi Tinggi Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 06 February 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Staf Sokongan dan murid-murid di atas pengiktirafan SMK Aminuddin Baki sebagai salah sebuah 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Penganugerahan dan pengiktirafan tersebut telah diumum dan disampaikan sendiri oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Januari 2010 (Jumaat) di Dewan Bestari, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Apakah itu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)?

"SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa"

Pengiktirafan SMKAB
 
< Prev

Sistem Pengurusan Sekolah

Penggunaan sistem pengurusan sekolah telah dilaksanakan sepenuhnya. Para guru, pelajar dan ibu bapa boleh melayari laman ini untuk melihat maklumat berkenaan pengurusan sekolah.

http://wea0196.moe.edu.my 

LMS - e-learning

Makluman kepada semua warga SAB, pihak kementerian telah melaksanakan portal e-learning (LMS) untuk SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Di harap anda dapat melawati portal LMS untuk mengetahui perkembangan terkini. http://wea0196.spp.moe.edu.my/

Make Your Search

Google
Web sabkl.edu.my/v2
by J@ck0

© Sabkl 2009. Edited by manfaź.Source by Rocketthemes.com

Resolusi Terbaik Laman Ini adalah 1028 X 768. Pastikan Anda Menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas.